Semalam, Sony Malaysia telah melancarkan PlayStation Portal untuk pasaran tempatan dengan harga RM999 selepas berbulan menantikan kehadiran aksesori konsol permainan popular ini. Hari ini, mereka mengumumkan yang DualSense ASTRO BOT Limited Edition pula akan tiba.

Bagi yang tidak tahu, ASTRO BOT adalah maskot untuk PlayStation dan tidak lama lagi permainan khas untuk konsol PS5 akan dilancarkan. Bersama-sama dengannya, alat kawalan edisi khas ini diperkenalkan. Ia masih lagi DualSense yang sama tetapi dengan rekaan futuristik serta turut mempunyai elemen berwarna biru yang cantik dan sedap mata memandang.
Pad sesentuh pada DualSesne ASTRO BOT ini turut mempunyai dua bulatan biru mewakili mata maskot PlayStation ini. Alat kawalan ini akan dilancarkan pada 6 September akan datang tetapi mereka yang berminat boleh pra-tempah pada 9 Ogos dengan harga RM399.
- Baca di Aksiz – Pandang Pertama Astro Bot – Platforming Yang Ceria Dan Mencabar