Carian
Rakyat Malaysia Kerugian Lebih RM1 Bilion Akibat Penipuan Di Media Sosial Sepanjang 2023
July 30, 2024 Amy Maizuraa

Jenayah siber dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini dengan bertambahnya kejadian buli dan penipuan dalam talian (scam) sehingga memberi risiko amat besar terhadap banyak pihak. Tahap kesedaran yang rendah dan terlalu mudah percaya menyebabkan ramai individu dari semua latar belakang menjadi mangsa penipuan jenayah berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan lebih RM1 bilion wang rakyat Malaysia lesap akibat diperdayakan sindiket penipuan secara dalam talian yang direkodkan sepanjang tahun lepas. Sementara itu, tidak kurang daripada 10 kes buli siber yang dilaporkan setiap hari pada tahun yang sama. Ia melibatkan laporan kes dalam pelbagai jenis platform media sosial yang kemudiannya boleh menimbulkan kebimbangan kerana memberi kesan kepada pembangunan sosial yang amat kritikal.

Antara usaha MCMC dalam memerangi jenayah tersebut adalah melalui pengumuman keperluan untuk perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mempunyai sekurang-kurang lapan juta pengguna berdaftar di Malausia. Menerusi kerangka kawal selia baharu itu, penyedia media sosial perlu bertanggungjawab terhadap kegiatan jenayah yang berlaku di platform mereka.

Fahmi turut menambah usaha memerangi jenayah dalam talian ini merupakan fokus negara-negara serantau. Justeru setiap pihak berwajib perlu berganding bahu bagi menangani keadaan ini dalam memastikan ekosistem internet yang lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga.

Komen