OpenAI Mula Menawarkan Ciri Berbual Dengan AI Menggunakan Suara – Boleh Mengenal-pasti Emosi Dalam Respon
Aman
OpenAI sebelum ini telah memperlihatkan sokongan perbualan suara pada aplikasi ChatGPT dalam mendapatkan pelbagai respon kepada pertanyaan. Ia kemudiannya menjadi salah satu topik hangat apabila dikatakan mengambil suara pelakon tanpa kebenaran.
Kini, selepas beberapa bulan sejak memperlihatkan ciri berkenaan, OpenAI mengumumkan penawaran ciri yang dinamakan Advanced Voice Mode ini kepada sejumlah kecil pengguna ChatGPT Plus.

Menggunakannya, pengguna boleh memanggil ChatGPT melalui terma “Hey, ChatGPT”, dan bertanyakan serta berbual dengan model kecerdasan buatan berkenaan yang boleh mengenal-pasti pelbagai perkara, termasuk emosi ketika memberikan respon. Untuk fasa awal ini, ia menyertakan empat suara berbeza, dan suara kelima yang seperti suara Scarlett Johansson tidak disertakan buat masa ini.
OpenAI dijangka memperluaskan penawaran ciri ini secara berperingkat kepada semua pengguna ChatGPT Plus dalam minggu-minggu akan datang.