Pemilik Evernote Dan Meetup Mengambil-Alih WeTransfer
Aman
Bending Spoons, salah satu firma disebalik aplikasi seperti Evernote, Meetup, Splice dan Remini, kini mengumumkan akan mengambil-alih perkhidmatan storan dan penghantaran fail bersaiz besar, WeTransfer.

Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan buat masa ini. WeTransfer digunakan ramai dalam menghantar fail bersaiz besar bersama-sama emel. Ia dikatakan perkhidmatan berkenaan mempunyai sekitar 80 juta pengguna aktif setiap bulan.
Bending Spoons menyatakan mereka sedia memfokuskan dan membantu komuniti kreatif, dan pengambil-alihan ini membantu mereka menghasilkan lebih nilai untuk industri kreatif.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perubahan yang bakal diperkenalkan pada WeTransfer, dan bagaimanakah pengambil-alihan ini akan memberi kesan kepada tenaga kerja syarikat tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.