Google Malaysia Mengacah Pengenalan Google Pixel 9
Aman
Hari ini kita menyaksikan peranti Google Pixel 9 telah melepasi pengesahan Sirim di Malaysia. Disamping itu, Google Malaysia turut membuat kejutan dengan memuat-naik video mengacah kehadiran telefon pintar Google Pixel 9.
Perkongsian sama dilakukan oleh Google Malaysia pada akaun rasmi di YouTube dan juga X (atau dulunya dikenali sebagai Twitter). Untuk makluman, mengikut semakan di saluran YouTube, sebelum ini Google tidak pernah mempromosikan sebarang perkara berkaitan Pixel, dan ini seperti kali pertama gergasi internet berkenaan melakukannya menggunakan akaun rasmi Google Malaysia.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ia sekadar promosi global sahaja, atau kita akan benar-benar melihat pengenalan Google Pixel untuk pasaran tempatan secara rasminya pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan 14 Ogos ini untuk mendengar berkenaan ini daripada Google.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.