AMD Memperkenalkan Siri Cip Pemprosesan Ryzen 5000XT
Nazrin
AMD dijangka akan melancarkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 9000 mereka tidak lama lagi, tetapi untuk mereka yang masih menggunakan papan induk AM4, dan hanya mahu menaiktaraf cip pemprosesan mereka, AMD baru-baru ini telah memperkenalkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000XT.
Cip pemprosesan ini hadir dengan dua buah model, iaitu AMD Ryzen 9 5900XT dan AMD Ryzen 7 5800XT. Ya, ia masih lagi menggunakan teknologi ZEN 3, tetapi hadir dengan kelajuan CPU yang lebih pantas.

Untuk model Ryzen 9 5900XT, ia hadir dengan 16 teras dan 32 bebenang kuasa dengan Boost Clock setinggi 4.8GHz, iaitu 8 bebenang kuasa lebih banyak berbanding dengan AMD Ryzen 9 5900X yang dilancarkan beberapa tahun lalu.
Untuk model Ryzen 7 5800XT pula, ia hadir dengan 8 teras dan 16 bebenang kuasa bersama-sama kelajuan Boost Clock setinggi 4.5GHz, 400MHz lebih tinggi berbanding dengan AMD Ryzen 7 5800X. Kedua-dua CPU ini juga hadir dengan TDP 105W, sama seperti model-model sebelum ini juga.
Kedua-dua papan induk ini juga menyokong papan induk siri AM4 sebelum ini, jadi papan induk lama ini boleh digunakan tanpa masalah.
AMD mengatakan bahawa kedua-dua CPU ini sudahpun mula dijual di pasaran-pasaran tertentu pada harga $349 untuk AMD Ryzen 9 5900XT dan $249 untuk model AMD Ryzen 7 5800XT.