Huawei Melancarkan MateBook GT 14 Dengan CPU Intel Core Ultra
Amy Maizuraa
Huawei memperkenalkan Matebook GT 14 di China sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin sesentuh 14.2″ OLED 144Hz dan bernisbah aspek 3:2. Resolusi maksimum disokong pula sehingga 2.8K dengan kecerahan puncak mencapai 1000 nits.

Ia juga dikuasakan tiga pilihan pemprosesan sama ada Intel Core Ultra 9 185H, Intel Core Ultra 7 155H dan Intel Core Ultra 5 125H yang dipadankan dengan GPU Intel Arc Graphics. Pilihan memori pula sebesar 32GB / 16GB bersama storan dalaman sehingga 2 TB NVMe PCIe SSD.

1Turut disertakan ialah bateri 70Wh, kamera web 1080P, dua pembesar suara dan dua mikrofon. Pilihan I/O disediakan juga mencukupi untuk sebuah komputer riba kerja harian yang terdiri dengan USB-C, Thunderbolt 4, bicu audio 3.5mm, HDMI dan pembaca kad SD.
[sumber] weibo [/sumber]