Carian
Motorola Edge 50 Rasmi Dengan Snapdragon 7 Gen 1 Dan Ketahanan MIL-STD 810H
August 2, 2024 Amy Maizuraa

Apabila bercakap tentang peranti tahan lasak apa yang terbayang di minda adalah bersaiz tebal dan besar. Namun lain pula ceritanya dengan peranti baharu Motorola Edge 50 yang dilancarkan baru-baru ini. Di mana ia bukan sahaja bertubuh nipis tetapi melepasi piawaian ketahanan hentakan MIL-STD 810H yang digunakan oleh pihak tentera.

Motorola Edge 50 dilengkapi skrin pOLED 1.5K 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Menguasai peranti adalah cip Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition, memori 8GB LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Ini dipadankan dengan sistem kamera 50MP (f/1.8) utama + 13MP (f/2.2) ultra lebar + 10MP (f/2.0) telefoto dan swafoto sebesar 32MP (f/2.4).

Baterinya pula sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 68W dan nirwayar 15W. Fungsi-fungsi lain yang turut disediakan adalah pembesar suara stereo (Dolby Atmos), bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.1, NFC dan sambungan WI-Fi 6E. Motorola turut menjanjikan kemaskini dua versi sistem operasi dan tiga tahun pula untuk sekuriti. Di India Motorola Edge 50 dijual pada INR27,999 (~RM1,509) sebuah.

Komen