Kita seringkali melihat walaupun teknologi semakin pesat, masih terdapat segelintir golongan yang tidak mempunyai akses yang luas kepada internet. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pakej 5G Rahmah sebagai usaha untuk merapatkan jurang digital dikalangan rakyat. Melalui pakej ini, rakyat boleh membeli pelan internet 5G bersama telefon pintar pada harga yang lebih mampu milik dari biasa.
Dimana HONOR 90 Lite turut terpilih bagi Pakej 5G Rahmah, malah menjadi peranti yang terlaris di Malaysia selama 9 bulan berturut-turut. Maka, HONOR kali ini menawarkan peranti terbarunya iaitu HONOR 200 Lite. Melaluinya, ia dapat memberikan pengalaman penggunaan yang lebih berbaloi termasuk storan lebih besar, skrin lebih tahan dan lebih jimat bajet sesuai dengan harganya. Jadi, ini antara sebab mengapa anda patut mempertimbangkan HONOR 200 Lite.
Lebih Storan, Lebih Prestasi Yang Memuaskan Untuk Kegunaan Seharian
Apabila membeli peranti yang baru, kadangkala kita akan memilih peranti dengan rekabentuk yang cantik. Namun, apa gunanya peranti dengan rekabentuk yang cantik tetapi tidak mempunyai prestasi peranti yang memuaskan bukan? Oleh itu, HONOR 200 Lite ini diberikan peningkatan storan dari 256GB kepada 512GB. Kebanyakkan peranti dalam julat harga yang sama biasanya hanya menawarkan storan sebanyak 256GB. Jadi, HONOR 200 Lite menjadi satu-satunya peranti yang dilengkapi dengan storan sebesar 512GB.
HONOR 200 Lite ini turut dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 6080. Ia dapat menyokong rangkaian 5G dan MediaTek HyperEngine 3.0 Lite Gaming Engine. Melaluinya, ia mampu menjadikan kadar masa pendam (latency) yang lebih rendah, sesuai buat anda yang mahu menggunakan peranti untuk bermain permua. Digabungkan lagi dengan skrin yang menyokong kadar segar semula 90Hz, yang dapat menambah baik pengalaman tatalan dan tontonan anda.
Beralih kepada kapasiti bateri pula, HONOR 200 Lite dilengkapi dengan 4500mAh. Bermakna, tiada masalah untuk peranti digunakan sehari suntuk kemudian jika kehabisan bateri pula, anda boleh mengecasnya semula dengan pengecasan pantas 35W.
Kamera Khusus Untuk Fotografi Potret
Bagi anda yang suka mengambil gambar, semestinya prestasi dan kemampuan kamera menjadi ukuran penting yang diambil kira sebelum membeli. Oleh itu, HONOR 200 Lite ini dihadirkan dengan kamera utama 108MP dan juga 50MP bagi kamera swafoto. Kamera swafoto peranti ini mempunyai ciri swafoto AI sudut lebar. Melaluinya, ia akan bertukar kepada swafoto 90 darjah apabila mengesan lebih dari 2 orang dalam satu gambar. Jadi, anda boleh mengambil gambar swafoto bersama rakan-rakan yang ramai dengan lebih mudah.
Menariknya, kamera pada HONOR 200 Lite juga direka khas untuk fotografi potret. Dimana ia mempunyai 3 mod potret iaitu 1x Environmental Potrait, 2x Atmospheric Portrait dan 3x Close-up Portrait. Oleh itu, pilih sahaja mana-mana mod potret yang anda mahu gunakan, gambar yang dihasilkan masih lagi nampak cantik.
Skrin Yang Tahan Lasak
Apa yang lebih menarik, HONOR turut menitikberatkan keselasaan penggunaan malah ketahanan peranti. Dimana HONOR 200 Lite dilengkapi dengan skrin Ultra-tough Reinforced Glass, dengan struktur berbentuk I di bucu dan juga menggunakan bahan elastik. Ia dikatakan boleh menahan hentakan dari ketinggian sehingga 1.65 meter dan turut diberi penarafan SGS 5-star Drop Resistance. HONOR juga mengambil inisiatif tambahan dengan menyediakan jaminan perlindungan untuk retak di bahagian depan dan belakang peranti. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan perlindungan kepada skrin peranti termasuk komponen dalaman.
Bukan itu sahaja, HONOR 200 Lite juga turut menyokong 3240Hz PWM Dimming untuk perlindungan mata yang telah diiktiraf oleh TÜV Rheinland Flicker-free Certification. Selain itu, terdapat juga ciri AI Circadian Night Display yang menyesuaikan suhu skrin secara automatik mengikut kitaran tidur anda. Oleh itu, peranti ini memastikan mata anda tetap selesa walaupun menggunakan peranti untuk jangka masa yang lama.
Ciri AI HONOR Yang Tidak Patut Dilepaskan
Sejak kebelakangan ini, integrasi AI pada telefon pintar telah pun menjadi suatu norma. Oleh itu, ciri AI HONOR turut diintegrasikan dalam HONOR 200 Lite seperti Magic Portal, AI Blur Private Info, Magic Capsule, Parallel Space dan HONOR Global Favourite Space. Ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan pelbagai tugas harian anda.
Magic Portal antara salah satu ciri AI yang dapat menjimatkan masa anda dari berpindah satu aplikasi ke aplikasi lain secara berulang kali. Dimana anda boleh menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja. Sebagai contoh, anda hanya drag gambar barang dari media sosial terus ke Google. Kemudian, Google akan carikan apakah nama barang dan dimana anda boleh dapatkannya dari gambar tadi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, HONOR 200 Lite ini merupakan sebuah peranti dengan storan 512GB yang cukup besar, skrin yang tahan lasak, jaminan perlindungan retak depan dan belakang, kamera khusus untuk fotografi potret. Malah, dengan ciri yang AI berguna, ia menjadikan peranti ini sesuai digunakan untuk bekerja, bersantai dan bermain. Jika anda berminat, HONOR 200 Lite ini dijual pada harga RM1,299. Berita gembira buat anda yang berminat, HONOR telah bekerjasama dengan pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk melanjutkan promosi Pakej Rahmah bagi tahun ini.

Jika anda mendaftar untuk pelan pascabayar selama 24 bulan dengan mana-mana syarikat telekomunikasi, anda boleh menikmati internet 5G tanpa had serta berpeluang untuk mendapatkan HONOR 200 Lite secara percuma. Tidak kira pelan telekomunikasi mana pun yang anda pilih, peranti HONOR ini tetap berbaloi. Jadi, tunggu apa lagi? Langgan sekarang dan dapatkan HONOR 200 Lite untuk pengalaman penggunaan yang memuaskan.
Penafian: Advertorial dari HONOR Malaysia
- Layari : Laman web rasmi HONOR Malaysia
- Teks Asal – Izzah Sofea