Cari @ Amanz

ASUS ROG Flow Z13 Mungkin Kembali Tahun Hadapan – Rekaan Penyejuk Baru Tertiris

Oleh Nazrin

Link Copied!

ASUS ROG Flow Z13 ialah komputer riba dalam rekabentuk sebuah tablet yang memiripi sebuah komputer Microsoft Surface Pro, tetapi hadir dengan komponen-komponen yang lebih memfokuskan kepada ciri-ciri gaming.

Model ini diperkenalkan beberapa tahun lepas, tetapi untuk kira-kira dua tahun ia tidak hadir dengan sebarang model baru. ASUS nampaknya telah bertungkus-lumus untuk memberi komputer riba ini rekaan baru. Perkara ini dapat dilihat melalui imej rekaan yang tertiris ke arena web yang memperlihatkan rekaan penyejuk ROG Flow Z13 yang baru.

Dimana model ROG Flow Z13 sebelum ini menggunakan gabungan CPU dan GPU Intel dan NVIDIA, model yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan nampaknya akan menggunakan cip pemprosesan APU AMD Strix Halo yang hadir dengan jumlah TDP setinggi 115W apabila penggunaan tenaga elektrik kedua-dua komponen CPU dan GPU digabungkan.

Rekaan penyejuk pada model baru dilihat lebih besar, dan menyejukkan satu komponen APU adalah lebih mudah berbanding dengan CPU dan GPU yang berasingan. Menurut maklumat yang ditiris, rekaan penyejuk ini lebih cekap dalam mengalirkan haba, tetapi akan menyebabkan tablet ini hadir dengan rekaan yang lebih tebal.

Butiran lanjut mengenai komputer riba ini dijangka akan dapat dilihat pada awal tahun hadapan, mungkin sewaktu acara CES 2025 di Las Vegas kelak.


Komen ()