Kerajaan Kaji Cadangan Bangunkan Media Sosial Khusus Untuk Rakyat Malaysia
Aman
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan kerajaan akan meneliti dan mengkaji cadangan berkenaan untuk mewujudkan media sosial khusus untuk kegunaan rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan kerana syarikat media sosial seperti Facebook yang mengaut keuntungan mencapai $600 juta dari Malaysia, tetapi tidak memastikan keadaan dan penggunaan platform yang selamat.

Sebelum ini sendiri, ia dikatakan beberapa negara telah mencuba perkara sama. Salah seorang yang mencadangkan perkara ini adalah Datuk Aznil Nawawi. Buat masa ini, perkara ini sekadar cadangan sahaja, dan tidak diketahui lagi akan diambil serius pembangunannya oleh pihak kerajaan, atau sebaliknya.
Disamping itu, ia turut ditekankan yang mana kanak-kanak bawah 13 tahun tidak boleh menggunakan media sosial – selari perundangan di pelbagai negara, dan tetapan pada beberapa platform media sosial.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.