Pengeluaran Cip NVIDIA Blackwell Mengalami Kelewatan Kerana Isu Pada Rekaan
Effi Saharudin
Cip AI Blackwell yang diumumkan pada Mac lalu oleh NVIDIA mengalami kelewatan menurut laporan The Information. NVIDIA menghubungi Microsoft,Meta dan Google dan beberapa syarikat lain bahawa pesanan mereka akan mengalami kelewatan sekurang-kurangnya tiga bulan disebabkan isu pada rekaan cip.

Kerana perubahan yang dilakukan pada Blackwell, isu penghantaran kuasa, pemanasan berlebihan, penyejukan dan kebocoran pada sistem penyejukan cecair telah dikesan. Oleh itu rekaan semula sedang dilakukan supaya pelanggan tidak akan mengalami isu yang sama apabila mereka mula menggunakan cip yang sama pada pusat data mereka kelak.
Di Malaysia superkomputer pusat data YTL yang terletak di Johor adalah yang terawal disahkan menggunakan cip Blackwell. Permintaan untuk cip Blackwell adalah tinggi disebabkan semua syarikat teknologi utama dunia memerlukan cip yang terpantas bagi mendapatkan kelebihan dalam perlumbaan membina model AI terkini di pasaran.