Peranti baharu siri Vivo V40 telah mula diacah secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Vivo Malaysia dilihat berkongsi imej promosi yang mengesahkan sebanyak dua versi boleh diumumkan kelak.
Kedua-duanya juga kini sudah mula disenaraikan melalui laman pengiklanan rasmi beserta beberapa ciri utamanya. Kamera ZEISS akan digunakan pada peranti yang menjadi peningkatan menarik berbanding siri terdahulu hanya tertumpu pada versi Pro.
Penawaran ini diyakini mampu menawarkan pengalaman fotografi yang berkualiti tinggi khususnya apabila melibatkan tangkapan gambar portrait. Padanan tubuh melengkung di hadapan dan belakang turut dikekalkan untuk kali ini bersama sistem tri-kamera dan aura light melalui lampu terbina.
Sebanyak lima warna disediakan yang terdiri dengan Moonlight White dan Stellar Silver untuk V40 Pro. Sementara itu V40 pula boleh didapati dalam warna Nebula Purple, Sunglow Peach dan Stellar Silver. Melihat garis masa yang disertakan pelancaran di Malaysia dijadulkan berlangsung pada 22 Ogos 2024.