Perisian suntingan video Adobe Premiere Pro kini akhirnya boleh digunakan pada komputer yang menggunakan cip Snapdragon X Elite dan Snapdragon Plus. Walau bagaimanapun perisian ini masih lagi versi X86 yang dijalankan menggunakan pelagak dan bukan versi natif ARM.
Versi ARM menurut Adobe kini masih di peringkat pembangunan dan akan hanya ditawarkan di suatu tarikh yang belum lagi ditetapkan. Sebelum ini Premiere Pro dan Photoshop ditawarkan untuk komputer Copilot+ PC tetapi isu prestasi menyebabkan Premiere Pro ditarik daripada Creative Cloud.
Pada ketika ini hanya Photoshop sahaja satu-satunya perisian Adobe yang menyokong komputer Windows dengan cip ARM yang membolehkan ia dijalankan secara natif. Di penghujung tahun ini pula, Adobe After Effects pula akan disokong pada Copilot+ PC.