Sertai Peraduan #MadeWithPortraitStudio Dan Berpeluang Untuk Mewarnai Papan Iklan Samsung Malaysia
Farah Izzati
Pernahkah anda membayangkan bahawa wajah anda bakal mewarnai papan iklan jenama telefon pintar terkemuka iaitu Samsung? Bagaimana jika kami katakan bahawa wajah anda berpeluang untuk muncul di papan iklan digital Samsung seluruh Malaysia jika anda menyertai peraduan kali ini dengan menggunakan ciri Galaxy AI terbaharu iaitu Portrait Studio? Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, ayuh baca artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Langkah-Langkah Menggunakan Portrait Studio
Untuk permulaan, pastinya anda memerlukan salah sebuah telefon Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6. Namun, anda tidak perlu risau jika anda tiada kedua-duanya kerana anda boleh sahaja ke Samsung Experience Store yang terdekat untuk menyertai peraduan #MadeWithPortraitStudio kali ini.

Seterusnya, anda perlu mengambil gambar ataupun swafoto seperti biasa. Jika tiada orang yang boleh ambilkan gambar, tiada masalah kerana anda boleh lipat sahaja Samsung Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6 menjadi separuh, letakannya diatas permukaan yang rata secara menduduk dan teruskan berswafoto.
Selesai berswafoto, kini tibalah masanya untuk anda menggunakan Portrait Studio. Caranya amat mudah. Anda pilih saja salah satu gambar swafoto yang telah diambil sebentar tadi dan anda akan nampak ikon Galaxy AI yang tertera di bahagian bawah gambar. Tekan ikon itu dan ia akan membawanya kepada ruangan suntingan. Pada bahagian kanan bawah ruangan suntingan itu, anda akan mendapati terdapat satu pilihan yang tertulis “Portrait Studio” dan tekan pilihan itu.

Kemudian, ia akan memberikan anda 4 pilihan gaya potret yang menarik seperti Comic, 3D Cartoon, Watercolor dan Sketch. Pada bahagian ini, anda boleh memilih apa sahaja gaya potret kegemaran anda dan seterusnya anda perlu tekan “Generate” pada bahagian bawah gambar. Tunggu saja beberapa saat dan Portrait Studio akan menghasilkan beberapa pilihan gambar potret AI. Jika ianya tidak menepati citarasa anda, anda boleh sahaja menjana semula gambar potret AI yang baharu ataupun pilih gaya potret yang berlainan. Jika anda sudah berpuas hati dengan hasil AI, anda boleh tekan “Save Copy”.

Setelah itu, anda boleh memuatnaik gambar potret AI yang telah dijana tadi di media sosial anda seperti Facebook, Instagram, X ataupun TikTok. Jangan lupa untuk tag akaun rasmi Samsung Malaysia di bahagian kapsyen bersama-sama dengan tanda pagar rasmi iaitu #MadewithPortraitStudio dan #GalaxyAI. Peraduan ini akan berlangsung sehingga 30 Ogos 2024 dan 50 orang yang bertuah akan dipilih untuk mewarnai papan iklan digital Samsung Malaysia diseluruh Malaysia setiap minggu. Jadi, ayuh beramai-ramai sertai peraduan #MadeWithPortraitStudio kali ini bersama rakan-rakan anda dan serlahkan sisi berlainan anda semua melalui Portrait Studio dari Galaxy AI.

Penafian: Advertorial ini daripada Samsung Malaysia.
[info]Sertai Peraduan #MadeWithPortraitStudio Sekarang[/info]