WhatsApp Kelak Akan Membolehkan Pentadbir Menyembunyikan Sembang Kumpulan
Rihhadatul Aisy
WhatsApp kini dilaporkan sedang menguji satu lagi ciri baru yang akan memberikan lebih kawalan kepada pentadbir (admin) kumpulan sembang dengan membolehkan mereka menyembunyikan kumpulan sembang daripada paparan umum. Melaluinya, hanya anggota yang dijemput sahaja yang akan dapat melihat dan mengakses perbualan dalam kumpulan sembang berkenaan.

Ciri ini membolehkan pengguna melalukan perbincangan yang lebih sensitif atau khusus dalam kumpulan sembang. Selain itu, dengan kebolehan untuk menyembunyikan kumpulan sembang, menjadikan pengguna dapat menumpukan perhatian lebih kepada perbualan dalam kumpulan sembang yang berkaitan. Namun, tetapan ini kemudiannya tidak lagi boleh diubah setelah kumpulan sembang berkenaan ditambah pada komuniti bagi menjaga privasi semua ahli.
Pengenalan kepada ciri seperti ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan privasi dan kawalan kepada pengguna WhatsApp. Walaubagaimanapun, pada peringkat awal pelancaran ciri ini kelak, pengguna mungkin akan mengambil masa untuk benar-benar memahami cara dan fungsi sebenar ciri baharu ini secara sepenuhnya.
Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada beberapa penguji Beta dan kemudiannya akan dilancarkan kepada orang ramai dalam masa yang terdekat.
[sumber] WABetaInfo [/sumber]