Google Tidak Lagi Akan Mengeluarkan Chromecast
Aman
Google pada tahun 2013 yang lepas telah memperkenalkan Chromecast, sekaligus membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada televisyen dan strim kandungan daripada telefon pintar terus ke televisyen. Namun, dengan perkembangan era, kini Google memaklumkan tidak lagi akan mengeluarkan Chromecast baharu.

Google melihat tiada lagi keperluan untuk menjual Chromecast, disebabkan oleh perkembangan arena televisyen dan pelbagai penggunaan televisyen pintar di pasaran. Dengan televisyen kini mempunyai fungsi penstriman asas, Google menganggap tiada lagi keperluan untuk penawaran Chromecast.
Google akan menghabiskan stok Chromecast sedia ada, dan dijangka sokongan untuknya akan diteruskan buat masa ini. Namun, sebagai ganti untuk peranti berkenaan, Google kini menawarkan Google TV Streamer – sebuah kotak yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen, dan menggunakannya dalam strim kandungan.