Carian
Micron Mengumumkan Pengeluaran NAND G9 Dengan Kelajuan Pemindahan Data Terpantas Di Dunia
August 7, 2024 Rihhadatul Aisy

Micron Technology mengumumkan mereka telah memulakan produksi pengeluaran secara besar-besaran NAND Flash generasi ke-9 yang menawarkan kelajuan pemindahan data yang lebih pantas berbanding NAND lain di pasaran. Menurut Micron NAND G9 mampu memberikan kadar pemindahan data sehingga 3.6 GB/s.

Selain itu ia juga mempunyai kepadatan memori tertinggi membolehkan ia mempunyai saiz yang sehingga 28% lebih kecil untuk saiz memori yang setanding. Pada waktu yang sama NAND G9 telahpun digunakan pada SSD M.2 Micron 2650 NVMe yang mencatatkan markah lebih tinggi di dalam ujian PCMark 10 berbanding produk keluaran pesaing.

SSD ini berjaya mencatatkan peningkatan kelajuan sehingga 70% lebih baik dalam membaca secara berturutan, sehingga 103% lebih baik dalam menulis secara berturutan, sehingga 156% lebih baik dalam membaca secara rawak dan sehingga 85% lebih baik dalam membaca secara rawak. Micron 2650 NVMe ditawarkan dalam pilihan storan 256, 512 dan 1000 GB.

Komen