Sistem Pembayaran X Mungkin Akan Tiba Dalam Masa Terdekat
Fahim Zahar
Sejak Twitter diambil alih oleh Elon Musk dan dijenamakan semula kepada X, pendapatan platform media sosial ini telah merosot. Kemudian semakin ramai pengiklan menarik diri dari platform ini dan ini membuatkan X mencari pelbagai jalan baharu untuk menjana pendapatan. Salah satunya adalah membangunkan sistem pembayaran tersendiri dan ia mungkin akan tiba tidak lama lagi.

Seorang penyelidik aplikasi di X iaitu @nima_owji berkongsi dengan TechCrunch yang sistem pembayaran X ini sudah hampir tiba. Beliau menemui bahagian Payments di bar sisi terletak di antara Bookmarks dan Articles. Payments ini turut mempunyai ciri untuk transaksi, baki dan pindah. Sistem pembayaran X ini pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada pertengahan tahun 2024, namun atas perkhidmatan ini memerlukan lesen ia mengambil masa yang lebih lama.
X kini sudah menerima lesen operasi sistem pembayaran kendiri di 33 negeri dalam Amerika Syarikat. Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada semua pengguna dan adakah ia akan terhad kepada pelanggan Premium sahaja. Pengguna di Malaysia pula bagaimana? Adakah anda mahu menggunakan sistem pembayaran dalam X?
[sumber] TechCrunch [/sumber]