YouTube Menguji Paparan Gambar Dalam Gambar Untuk Iklan Ketika Siaran Langsung
Fahim Zahar
Iklan di YouTube sangat menjengkelkan, tiada cara halal lain untuk menghalangnya selain daripada melanggan YouTube Premium. Walaupun begitu, YouTube masih sayangkan pengguna mereka dan tidak ingin iklan mengganggu pengalaman menonton video. Ciri baharu yang kini sedang diuji adalah iklan dipaparkan dalam mod gambar dalam gambar atau PIP.

Ciri ini terhad untuk penstriman siaran langsung sahaja di mana, pencipta kandungan boleh menetapkan lokasi paparan iklan ketika sesi mereka bermula. Penonton akan melihat kandungan siaran langsung dengan pengalaman skrin penuh sambil iklan dimainkan dalam mod gambar dalam gambar. Ciri ini akan diberikan kepada pencipta kandungan dalam minggu-minggu akan datang.
Cukup menarik untuk ciri ini diperkenalkan, cuma sayang ia terhad untuk video siaran langsung sahaja dan bukan video YouTube biasa. Jika anda kerap menonton video siaran langsung di YouTube ini amat berguna untuk anda.
[sumber] Google Support [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.