RHB Melancarkan Dynamic QR Soundbox (DNQR) Dengan Ciri Pad Kekunci
Amy Maizuraa
RHB Bank berkongsi perkembangan baharu melalui pelancaran terminal Dynamic DuitNow QR (DNQR) Soundbox dengan ciri pad kekunci. Penambahbaikan ini adalah susulan daripada pengenalan DNQR Soundbox tersebut pada Disember 2023 bertujuan untuk memastikan keselamatan dan ketelusan urus niaga antara pengguna dan peniaga, sambil membanteras penipuan pembayaran. Pengenalan ini cukup munasabah yang juga mendapat kerjasama padu daripada Payments Network Malaysia (PayNet).

Pada dasarnya terminal tersebut sepatutnya boleh menjadi peranti inovatif serbaguna yang menyokong pembayaran QR statik dan dinamik. Sekaligus menyediakan urus niaga lebih lancar melalui pad kekunci merangkap fungsi kalkulator yang diintegrasikan ke terminal. Kemudian diyakini mampu memberi manfaat yang lebih baik untuk perniagaan dengan transasksi jumlah lebih besar.
Insiatif itu juga melambangkan komitmen RHB untuk menyediakan sistem pembayaran yang telus sambil juga merealisasikan visi syarikat untuk memupuk pertumbuhan inklusif di seluruh Malaysia. Sehingga kini RHB juga dikatakan telah mendaftar lebih 600 peniaga baharu dengan peranti Soundbox. Seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan sebanyak 33% dengan nilai transaksi mencapai RM16 juta dalam tempoh lima bulan pengenalan.