Carian
Jam
Siri G-Shock GBM-2100 Dijual Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,295
August 7, 2024 Amy Maizuraa

Bagi mereka yang menghargai penampilan klasik, siri G-Shock GBM-2100 dilihat boleh dijadikan sebagai pilihan yang baik. Gaya ringkas namun elegan membuatkan jam tangan tersebut kelihatan menawan dalam pelbagai situasi kegunaan. Empat model yang ditawarkan itu juga mempunyai tubuh dengan rekaan oktagon dan diperbuat daripada bahan logam besi tahan karat untuk tahan lebih lama.

Malah apa yang lebih penting ialah siri tersebut turut diberi penambahan fungsi baharu melalui sokongan Tough Solar dan Bluetooth Smartphone Link. Gabungan kedua-duanya diyakini mampu meningkatkan pengalaman penggunaan sambil mengubah cara pengguna memakai jam tangan ini. Dalam masa sama disertakan juga lampu Super Illuminator LED bagi memudahkan penggunaan dalam tempat yang gelap.

Fungsi standard seperti tahan hentakan, kalis air, jam randik 1/100 saat, pemasa, lima penggera harian dan kebolehan merekod tarikh/masa/kedudukan semasa pada peta menerusi aplikasi khusus turut diberikan. G-Shock GBM-2100 dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,295 dan RM1,365 seutas.

Komen