Sony menerbitkan laporan kewangan untuk Q1 tahun kewangan 2025 (April hingga Jun 2024) yang menunjukkan sebanyak 61.7 juta konsol PlayStation 5 telah terjual sejak ia dilancarkan pada tahun 2020. Pada suku lalu sebanyak 2.4 juta unit PS5 sudah dijual yang menunjukkan penurunan berbanding 3.3 juta konsol pada suku sama tahun lalu.
Kerana jualan yang semakin perlahan, Sony menyasarkan jualan 18 juta PS5 sepanjang tahun kewangan 2025. Sebelum ini Sony sasaran jualan 21 juta unit untuk tahun kewangan yang sama. Trend penurunan juga dilihat pada jualan sebanyak 53.6 juta permainan video PS4 dan PS5 berbanding 56.5 juta pada suku sama tahun 2024.
Satu statistik yang menarik ialah, 80% jualan permainan video ini ialah dalam bentuk digital. Akhir sekali PlayStation Network mempunyai 116 juta pengguna aktif bulanan yang juga berkurangan daripada 118 juta pengguna pada suku lalu. Dengan jualan semakin perlahan akhir-akhir ini, sekarang ialah masa yang terbaik untuk melancarkan PlayStation 5 Pro yang diramalkan tiba penghujung tahun ini.