uBlock Origin Menghentikan Sokongan Pemalam Penghalang Iklan Pada Google Chrome
Fahim Zahar
Banyak laman web sekarang sudah semakin bijak dalam mengelak penghalang iklan. YouTube ada had tontonan jika penghalang iklan dikesan dan ada banyak laman web menyembunyikan kandungan jika penghalang ini aktif. Baru-baru ini atas sebab kemas kini sekuriti pada Google Chrome, satu pemalam penghalang iklan terpaksa dihentikan sokongan pembangunannya.

uBlock Origin tidak lagi akan disokong pada Chrome kerana pelayar web ini telah dikemaskini dengan Manifest v3 untuk pemalam moden yang lebih selamat. Antaranya adalah pemalam tidak lagi menyokong akses hos dari jarak jauh dan disebabkan uBlock Origin bergantung kepada Manifest v2, pembangun mereka tidak boleh mengemaskini selain ia dibangunkan semula. Menurut mereka, pengguna masih ada alternatif untuk tukar kepada uBlock Origin Lite yang memang dibina dengan Manifest v3.
Pemalam uBlock Origin untuk Firefox akan kekal disokong. Sokongan pada Chrome akan tamat sepenuhnya secara berperingkat bermula bulan Jun lepas. Adakah ini pemalam penghalang iklan yang anda gunakan?
[sumber] GitHub uBlock Origin [/sumber]