Jumlah Tontonan Adalah Metrik Kiraan Baharu Kandungan Popular Di Instagram
Fahim Zahar
Ramai pencipta kandungan di media sosial akan melihat metrik kiraan seperti jumlah Likes, komen dan capaian untuk menentukan adakah kandungan mereka popular atau menyemak adakah ia ditonton dan dilihat oleh golongan pengguna yang tepat. Adam Mosseri baru-baru ini mengumumkan yang jumlah tontonan kini adalah metrik kiraan baharu.

Tidak kira pada perkongsian gambar atau video, Story, Reels atau karusel – jumlah tontonan akan diambil kira sebagai metrik kiraan kandungan paling popular dan yang telah dicapai oleh ramai orang. Kiraan jumlah tontonan penting kerana ada orang akan tonton kandungan sama berkali-kali, jadi pencipta kandungan kelak boleh lihat dan pantau data ini sama ada untuk menambah baik kandungan atau mengembangkan lagi portfolio.
Jumlah tontonan juga adalah metrik penting dalam Threads. Perubahan ini akan diterima pengguna secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang. Jika anda adalah pencipta kandungan yang memfokuskan pada Instagram, metrik baharu ini pasti akan membantu.
[sumber] IG – Adam Mosseri [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.