Pembangun Kini Boleh Menguji Aplikasi Pada Peranti Xiaomi Dan Oppo Di Awanan
Fahim Zahar
Menguji aplikasi secara awanan bukan satu ciri baharu. Ia adalah program Android Device Streaming untuk pembangun yang boleh membangunkan aplikasi dan mengujinya secara awanan melalui perkhidmatan penstriman dalaman.

Sebelum ini Android Device Streaming terhad kepada Google Pixel dan peranti Samsung terpilih. Ia kini telah dikembangkan kepada peranti Oppo dan Xiaomi pula. Program ini diperkenalkan untuk para pembangun menguji aplikasi mereka tanpa mengeluarkan kos tambahan membeli peranti baharu hanya untuk ujian. Pembangun juga boleh fokus kepada Android Studio dalam komputer dan tidak perlu risau akan sebarang kerentanan kepada peranti tambahan.
Perkhidmatan ini adalah percuma untuk pembangun sehingga Februari 2025 dan tiada informasi apakah kos akan datang. Android Device Streaming sedia terbina di dalam Android Studio dengan teknologi berasaskan Firebase.
[sumber] Android Developers [/sumber]