YouTube Menguji Penggunaan AI Membantu Penerbit Menghasilkan Kandungan, Tajuk dan Imej Kerdil Video
Fahim Zahar
Di mana sahaja saya pergi sekarang, pasti akan ada perbualan mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif. Salah satu penggunaan adalah untuk golongan kreatif mencari inspirasi dan YouTube ingin membantu pencipta kandungan dengan mengintegrasikan AI Gemini mereka ke dalam YouTube Studio.

Pemilik saluran boleh berbincang dengan Gemini untuk mendapatkan idea, kandungan, tajuk dan imej kerdil menarik yang boleh digunakan pada projek seterusnya. Bukan itu sahaja, dalam perbincangan ini Gemini turut boleh memberikan rangka kerja video untuk struktur penyampaian kandungan.
Ciri ini masih lagi dalam peringkat ujian dan hanya pencipta kandungan YouTube terpilih sahaja dapat menggunakannya. Ia adalah kesinambungan kepada ciri ujian menjana idea yang diumumkan pada Mei lalu. Menurut wakil YouTube, mereka sedang mengumpul maklum balas untuk memastikan ciri ini sempurna sebelum diedarkan kepada umum.
[sumber] YouTube – Creator Insider [/sumber]