Carian
MediaTek Helio G100 Dilancarkan Dengan Binaan 4nm Dan Kamera 200MP
August 8, 2024 Amy Maizuraa

Mediatek meneruskan penawaran cip kelas pertengahan baharu melalui pengenalan Helio G100. Ia dibina berasaskan teknologi 4nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Arm Cortex-A76 (2.2GHz) dan enam teras Arm Cortex-A55 (2.0GHz). Ia juga menggunakan GPU Arm Mali-G57 MC21 yang dipadankan dengan memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2 yang diyakini mampu menyediakan prestasi yang optimum untuk permainan, aplikasi dan tugasan harian.

Keadaan itu bertambah baiknya lagi dengan sokongan teknologi HyperEngine terkini yang turut bantu memanjangkan hayat bateri sesebuah peranti. Sementara itu, perlu dinyatakan bahawa ia juga hanya menawarkan rangkaian 4G yang memberi gambaran masih ada ruang buat peranti sebegini dalam era 5G.

Terdapat juga fungsi Elavator Mode disokong untuk sambungan yang lancar dan stabil. Selain turut menyokong paparan HD Penuh pada kadar segar semula 120Hz bersama MediaTek Intelligent Display Sync Technology yang bantu meningkatkan kecekapan kuasa sehingga 20% lebih baik. Tidak ketinggalan, cip juga menyokong sistem kamera sehingga 200MP dan rakaman video maksimum 2K/30fps.

Peranti pertama yang menggunakannya ialah Tecno Camon 30S Pro yang baru dilancarkan tempoh hari.

Komen