Zaman sekarang, berita palsu amat mudah disebarkan. Kemudian dengan perkembangan teknologi AI generatif, membuatkan lebih banyak kandungan yang mengelirukan dan yang tidak tepat tersebar. Terbaru YouTube telah mengembangkan ciri menambah nota konteks pada video seakan Community Notes di X ke lebih ramai pengguna.
Ciri ini mula diperkenalkan sejak bulan Jun lalu, tetapi terhad kepada beberapa pengguna sahaja. Ciri ini membolehkan pengguna menambah konteks sebenar pada video yang mungkin mempunyai tajuk yang mengelirukan, kandungan yang tidak tepat atau juga kandungan dengan kandungan yang telah dijana oleh AI. Untuk menggunakannya, pengguna perlu mendaftar dan tunggu jemputan dari Google.
Setakat ini, ciri notak konteks ini digelar sebagai Add note ini masih tiada nama rasmi. Ia juga hanya terhad kepada pengguna yang memiliki akaun YouTube yang berusia lebih 6 bulan, tidak ada melanggar garis panduan komuniti dalam tempoh 12 bulan, akaun tidak diawasi oleh pengguna lain, bukan akaun sekolah atau jenama dan hanya memiliki satu akaun.
YouTube turut mengehadkan kepada pengguna di Amerika Syarikat yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja. Setiap nota juga akan dipantau dan semak sebelum dipaparkan kepada umum. Ciri ini dibangunkan dengan harapan dapat membendung kandungan dengan maklumat palsu serta mengelirukan. Pada saya ia cukup berguna dan diharapkan lebih cepat ia tiba ke Malaysia.