Apple Merancang Pengenalan Mac Mini Dengan Rekaan Baharu Yang Lebih Kompak Pada Tahun Ini
Aman
Apple kini dilaporkan sedang merancang untuk pengenalan model Mac Mini baharu pada tahun ini. Selain kemaskini pada spesifikasi, Mac Mini baharu ini juga dijangka akan membawakan kemaskini pada rekabentuknya setelah sekian lama.

Kemaskini rekabentuk ini akan dilakukan pertama kali sejak Mac Mini menggunakan rekaan sedia ada sejak 2010 lepas, dibawah Steve Jovs. Ia dikatakan Mac Mini baharu ini akan bersaiz lebih kompak dan kecil berbanding model sedia ada hari ini, menghampiri lebih kurang penawaran saiz Apple TV.
Disamping itu, ia juga dijangka akan dilengkapi dengan cip Apple M4 terbaru. Mengikut laporan Bloomberg juga, Mac Mini baharu ini dijangka menawarkan kuasa pemprosesan dan penawaran lebih kurang seperti iPad Pro.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan Apple Mac Mini baharu ini dalam beberapa bulan lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.