Carian
X Kini Tidak Lagi Paparkan Iklan Untuk Pelan Premium+ Pada Langganan RM70 Sebulan
August 9, 2024 Aman

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter sedia memperkenalkan pelan langganan dibawah Elon Musk. Sebanyak tiga pelan langganan sedia ditawarkan, bermula RM13.33 sebulan untuk pelan asas, RM35 sebulan yang memberikan tanda calit biru pada akaun, dan juga Premium+ pada harga RM70 sebulan yang hadir dengan keupayaan untuk menulis artikel panjang melaluinya.

Terkini, X juga mengemaskini penawaran untuk pelan Premium+, dimana X tidak lagi akan paparkan sebarang pengiklanan untuk pengguna yang melanggan pelan ini. Ini berbeza dengan sebelum ini, yang mana sebahagian iklan masih dipaparkan untuk pelanggan pelan ini.

Menariknya, perubahan ini hadir selang beberapa hari selepas X memfailkan saman ke atas badan pengiklanan kerana boikot platform berkenaan – memberikan kesan kepada pendapatan syarikat tersebut. Perubahan ini juga dijangka akan berikan kesan kepada pendapatan yang dijana oleh penerbit kandungan melalui platform tersebut – kerana ia mengambil kira pendapatan melalui tontonan iklan oleh pengguna yang “disahkan”. Dengan kurangnya paparan iklan untuk pengguna yang melanggan pelan berbayar X, maka pendapatan yang dikongsikan juga dijangka akan berkurangan.

Dengan perubahan baharu ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah ia akan memberikan impak kepada komuniti, disamping adakah lebih ramai akan mula melanggan pelan Premium+.

Komen