Bank-Bank Malaysia Akan Memperkenalkan Teknologi Anti Perisian Hasad Pada Aplikasi Mereka
Nazrin
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank-Bank Islam Dalam Malaysia (AIBIM) hari ini telah mengeluarkan kenyataan bersama, mengatakan bahawa bank-bank dibawah persatuan-persatuan ini akan memperkenalkan kemaskini keselamatan baru pada aplikasi-aplikasi perbankan mereka.
Kemaskini ini ialah untuk memperkenalkan ciri anti perisian hasad pada aplikasi perbankan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, ciri anti perisian hasad ini hadir dengan kemampuan untuk mengesan sekiranya ada perisian hasad yang dipasang pada sesebuah peranti, seperti fail-fail APK dan perisian kawalan jarak jauh yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna.
Apabila perisian hasad dikesan dalam peranti pengguna, aplikasi perbankan ini akan memberi amaran kepada pengguna untuk tidak melog masuk kedalam akaun mereka, ataupun melakukan transaksi perbankan dan untuk memastikan bahawa perisian hasad dibuang dari peranti mereka.
Sehingga kini, industri perbankan Malaysia sudahpun mengimplimentasi sejumlah pembaharuan seperti tidak lagi menggunakan OTP SMS untuk pengesahan transaksi dan memperkenalkan waktu penyejukan 24 jam untuk setiap pendaftaran akaun perbankan atas talian baru, dan juga pertukaran peranti untuk memastikan bahawa tiada sebarang isu penipuan berlaku mengenai transaksi yang dilakukan.
Ciri pengesanann perisian hasad ini akan diperkenalkan secara berkala, dan akan bergantung kepada bank-bank yang anda gunakan.
[sumber]Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.