Kerajaan Dijangka Lancar Garis Panduan Tadbir Urus Dan Kod Etika AI Sebelum Hujung 2024
Aman
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini berkongsi mengatakan kerajaan akan melancarkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan (AI), sebelum penghujung tahun 2024 ini. Garis panduan berkenaan turut dibangunkan bersama Kementerian Digital, dan kini dikatakan berada pada fasa akhir.
Sebaik sahaja ia selesai disiapkan, ia akan dibentangkan kepada Kabinet terlebih dahulu, sebelum ia dilancarkan secara umumnya.

Kecerdasan buatan telah menjadi topik hangat sejak setahun dua kebelakangan ini, dengan pelbagai pihak melakukan pelaburan pada arena berkenaan. Dengan adanya garis panduan ini, ia dijangka akan membantu dalam pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan yang lebih baik di Malaysia, termasuk dari segi penggunaan data, privasi dan sebagainya – sekaligus membantu lagi dalam pembangunan arena berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.