Pengeluaran Chromebook Meningkat Pada Q2 2024 – HP Dengan Pegangan Terbesar
Amy Maizuraa
Kebanyakan laporan terkini menunjukkan peningkatan pertumbuhan pengeluaran untuk pelbagai peranti teknologi pada Q2 2024. Ia termasuk Chromebook yang mengalami lonjakan dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4% dan lebih 6 juta unit peranti yang dihantar ke seluruh dunia.
Prestasi ini didorong oleh program serta tawaran pakej pembiayaan khusus serantau yang bertindak sebagai akses kepada pendidikan untuk membantu pelajar. Diikuti oleh diskaun yang diberikan oleh penjual untuk pelbagai rangkaian Chromebook khususnya yang mempunyai keperluan bagi tujuan pembelajaran.

HP, Lenovo dan Acer adalah tiga pesaing teratas dalam pasaran Chromebook. Mengulas dengan lebih mendalam HP berada di tempat pertama yang merekodkan pertumbuhan sebanyak 6.7% tahun ke tahun dengan penghantaran sebanyak 1.7 juta unit dan bahagian pasaran 28%. Seterusnya diikuti oleh Lenovo dengan penghantaran sebanyak 1.5 juta unit yang turut menyaksikan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9% dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu Acer berada di tangga ketiga senarai dengan pertumbuhan jualan terbesar sebanyak 16.8% berbanding yang lain. Ia menjual sebanyak 1.2 juta unit peranti untuk 19% pegangan pasaran. Dell dan ASUS masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima dengan kedua-duanya mengalami penurunan penghantaran tahun ke tahun.
Canalys meramal akan berlaku penurunan pengeluaran pada Q3 2024 namun trend keseluruhan akan kekal positif memandangkan semakin banyak Chromebook yang diintegrasi dengan keupayaan AI ditawarkan dari masa kesemasa.

[sumber] Canalys Newsroom [/sumber]
[sumber] Canalys Newsroom [/sumber]