SanDisk Melancarkan Kad Mikro SD 8TB dan Storan SSD 16TB Tahan Lasak
Effi Saharudin
Western Digital menerusi subjenama mereka SanDisk telah melancarkan kad mikro SD sebesar 8TB untuk kegunaan orang ramai. Dengan storan yang besar ini, ia menyasarkan golongan pemilik konsol mudah alih, telefon pintar, dron dan kamera yang ingin menambah storan dengan mudah dan pantas.

Kad adalah dari jenis microSDUC UHS-I dengan kemampuan membaca pada kelajuan 100MB/s. Ini menjadikannya kad mikro SD pertama dengan storan 8TB di dunia. Ini hadir empat bulan selepas SanDisk melancarkan kad Disk Extreme Pro dengan dengan storan 4TB.
Pada waktu yang sama, storan 16TB SSD mudah alih tahan lasak SanDisk Desk Drive juga diperlihatkan dengan kemampuan kalis air serta kalis hentakan. Storan ini masih lagi di peringkat ujian dengan SanDisk akan melancarkannya di suatu tarikh kelak. Harga jualan untuk kedua-dua kad mikro SD dengan storan gergasi ini masih belum diumumkan.
[sumber] Western Digital [/sumber]