AMD Tidak Akan Mengemaskini Siri CPU Lama Untuk Isu Sekuriti Sinkclose
Nazrin
Intel baru sahaja mula mengeluarkan kemaskini untuk isu kod mikro mereka yang menyebabkan komponen CPU mereka mati secara perlahan. AMD juga baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu sekuriti terbesar mereka setakat ini, iaitu pepijat Sinkclose.
Pepijat ini hadir pada tahap kernel, yang bermakna bahawa apabila sebuah komputer yang sudahpun terkesan dengan perisian hasad lain dan diberi akses jarak jauh, ia membolehkan penggodam untuk mengakses pelbagai jenis data yang terkandung dalam mana-mana komputer yang dikuasakan cip pemprosesan AMD.

AMD baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa hanya siri CPU mereka yang “baru”, dari siri AMD Ryzen 5000 untuk komputer desktop dan AMD Ryzen 4000 untuk komputer keatas akan menerima kemaskini kernel ini, termasuklah siri CPU AMD EPYC, Threadripper dan AMD Instinct MI.
Dengan ini, mereka juga mengesahkan bahawa siri CPU AMD Ryzen 3000 dan kebawah, bersama-sama siri CPU AMD Threadripper 1000 dan 2000 dengan siri CPU yang lebih lama dari itu tidak akan menerima kemaskini sekuriti ini.
Kerentanan ini dilihat hanya boleh dimanfaatkan oleh mereka dengan kepakaran untuk menggodam komputer spesifik dan mengetahui bahawa komputer-komputer ini menghadapi isu kerentanan ini, seperti kumpulan penggodam besar dan kumpulan perisikan antarabangsa.
[sumber]Tom’s Hardware[/sumber]