Intel dijangka memperkenalkan kad grafik pengguna generasi kedua mereka, Intel Battlemage pada penghujung tahun ini. Ia akan dikuasakan cip pemprosesan grafik Intel Xe 2 yang diperlihatkan pertama kalinya pada siri cip pemprosesan Intel Lunar Lake.
Melalui maklumat yang tertiris, ia dikatakan salah satu daripada kad grafik Intel Battlemage ini akan hadir dengan 32 tera Xe 2 bersama-sama dengan 12GB memori GDDR6. Intel juga akan menggunakan konfigurasi memori 192 bit yang lebih perlahan berbanding 256 bit sebelum ini.
Walaupun begitu, penawaran jumlah memori yang lebih banyak berbanding sebelum ini (8GB pada kad grafik Arc A750 dan Arc A770 nampaknya akan menyeimbangkan kelajuan kad grafik ini. Ia dilaporkan juga bahawa kelajuan kad grafik dengan konfigurasi ini akan mempunyai prestasi setaraf kad grafik NVIDIA GeForce 3070 Ti ataupun AMD Radeon RX 6800.
Jika benar, kad grafik ini juga nampaknya akan menjadi penawaran pertama Intel dimana mereka akan memasuki arena kad grafik berprestasi pertengahan kelas premium. Ia dijangka memperlihatkan pengolahan grafik raster dan ray-tracing yang lebih baik, dan juga kemampuan AI yang lebih hebat.
Intel dijangka akan memperkenalkan kad grafik ini pada penghujung tahun ini, dan ia akan hadir ke pasaran pada tahun hadapan.