Tablet Infinix XPad Dilancarkan Dengan Skrin 90Hz Dan Cip Helio G99
Amy Maizuraa
Infinix telah melancarkan tablet pertama menerusi XPad yang diumumkan sebentar tadi. Ia juga dipasarkan dalam kelas pertengahan yang menggunakan cip Mediatek Helio G99 dan hanya ditawarkan dalam versi WiFi sahaja.

Untuk lebih lanjut peranti menggunakan skrin IPS LCD FHD+ sebesar 11″ dengan kadar segar semula 90Hz dan kecerahan puncak 440 nits. Pilihan memori pula terdiri dengan 4/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB. Selain itu peranti turut menawarkan mod permainan XArena untuk pengalaman bermain yang lebih optimum. Diikuti dengan pembantu maya tersendiri Folax yang dikuasakan oleh ChatGPT.

Bateri diberikan ialah sebesar 7000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tetapan kamera pula sebesar 8MP untuk utama dan swafoto. Lain-lain spesifikasi termasuk empat pembesar suara terbina, bicu audio 3.5mm dan port USB-C. Infinix XPad boleh didapati dalam warna hitam, biru dan emas tanpa butiran harga jualan yang diketahui buat masa ini.