Maxis Dan Huawei Bekerjasama Untuk Pusat Inovasi 5G-Advanced
Aman
Maxis dan Huawei hari ini mengumumkan kerjasama strategik dalam Pusta Inovasi Bersama yang akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi 5G-Advanced. Kedua-dua pihak dijangka akan meneroka sejumlah perkara, termasuk dalam pembangunan penyelesaian inovasi dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, meningkatkan kecekapan operasi, memfokuskan kes penggunaan dalam industri, selain turut membangunkan bakat tempatan.

Dibawah terma kerjasama ini juga, Maxis dan Huawei turut akan meneroka inovasi dalam arena gigabit untuk menyokong rangkaian mudah-alih dengan teknologi 5G-Advanced, selain sejumlah teknologi baharu, termasuk meneroka penggunaan kecerdasan buatan dalam mengoptimumkan kecekapan pengendalian rangkaian.
Sebelum ini sendiri, Maxis telah menjadi syarikat tempatan pertama yang mempertontonkan 5G-Advanced kepada orang ramai, dan kerjasama berterusan dengan Huawei dijangka akan terus menyokong cita-cita digitalisasi Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.