X atau dulunya dikenali sebagai Twitter sedia mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan janaan dinamakan sebagai Grok. Terbaru, xAI, firma disebalik pembangunan model kecerdasan buatan Grok telah mengumumkan pengenalan model terbaru dalam bentuk beta, iaitu Grok-2.
Grok-2 ini hadir dengan sejumlah penambah-baikkan, termasuk sokongan janaan yang lebih baik – termasuk dalam menjana artikel, kod pengaturcaraan dan sebagainya, berbanding model sebelum ini.
Disamping itu, ia turut kini menyertakan model FLUX.1 pada X, sekaligus membolehkan pengguna menjana gambar dengan mudah terus melalui media sosial berkenaan. Daripada cubaan kami sendiri, ia dilihat menghadapi sedikit masalah dalam menjana imej berasaskan orang, sebaliknya agak baik dalam imej berasaskan persekitaran.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dengan integrasi kedua-dua perkara ini terus melalui media sosial berkenaan akan mengekang penularan berita-berita atau informasi palsu.
Pihak xAI turut menyatakan mereka akan turut menggunakan Grok-2 akan digunakan dalam menambah-baik sejumlah perkara, termasuk sokongan carian, memberikan lebih informasi dan data berkaitan sesuatu perkongsian, sokongan membalas lebih baik, dan sebagainya.