Intel kini dilihat telah menjual pegangan pada firma perekabentuk cip terkemuka dunia, Arm Holdings. Penjualan ini dilihat merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Intel sebagai penstrukturan syarikat mereka, dan turut meningkatkan aliran tunai.
Jualan pegangan pada Arm membawa kepada dana sebanyak $147 juta kepada Intel. Intel kebelakangan ini dilihat mengalami beban kewangan yang tinggi, disamping produk keluaran mereka yang menghadapi persaingan pada era peranti mudah-alih dan AI kini.
Sebelum ini, Intel turut telah mengurangkan sebanyak 15,000 pekerja pada syarikat mereka, dan menyasarkan untuk mengurangkan kos sekitar $10 bilion. Intel dikatakan mempunyai liabiliti sekitar $32 bilion setakat Jun 2024 lepas.