Samsung Umum Penawaran “Circle To Search” Untuk Galaxy A55, A54, A35, A34 Dan Galaxy Tab S9 FE
Aman
Samsung pada awal tahun ini telah memperkenalkan ciri Circle To Search bersama Google untuk telefon pintar mercu mereka, Galaxy S24. Sejak daripada itu, ciri berkenaan telah dibawa pada beberapa telefon mercu Samsung yang lain di pasaran.


Menariknya, hari ini Samsung turut mengumumkan penawaran ciri sama pada peranti berspesifikasi pertengahan mereka dibawah siri Galaxy A, selain untuk tablet Galaxy Tab S9 FE. Untuk siri Galaxy A pula, ciri berkenaan akan mula diperkenalkan bermula bulan ini untuk model Galaxy A55, Galaxy A54, Galaxy A35, dan juga Galaxy A34.
Melalui Circle To Search, anda hanya perlu lakar bulatan pada mana-mana bahagian skrin telefon pintar ketika menggunakan sebarang aplikasi, dan ia akan mengaktifkan Google untuk anda melakukan carian berkaitan atau bertanyakan soalan berkaitan dengannya. Ini sekaligus membuatkan beberapa perkara dapat dilakukan dengan pantas, tanpa perlu bertukar aplikasi atau menaip carian secara manual seperti sebelumnya.