Apple Akhirnya Membuka Akses NFC Kepada Pihak Ketiga Untuk Pembayaran Nirtunai
Effi Saharudin
Apple mempunyai ciri NFC dan Secure Element (SE) yang membolehkan pembayaran nitunai dilakukan tetapi hanya menerusi Apple Pay dan Apple Wallet. Tetapi menerusi iOS 18.1 beta terkini kelak, Apple akhirnya memberikan kelonggaran dan membenarkan pembangun menggunakan API untuk NFC dan SE pada aplikasi mereka.

Dengan ini aksi menekan butang kuasa sebanyak dua kali untuk melancarkan Apple Pay kini boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi pembayaran yang lain. Selain itu kad pengenalan, lesen memandu dan kunci hotel digital juga boleh diintegrasikan pada aplikasi pihak ketiga. Jika anda ingin sebelum ia hanya boleh dilakukan menggunakan Apple Wallet.
Pembangun akan dapat mengakses API menerusi iOS 18.1 beta untuk pembangun yang akan diberikan kelak. Pada waktu ini ciri dihadkan kepada pembangun di negara Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, Jepun, New Zealand dan United Kingdom sahaja dengan perancangan mengembangkannya ke negara lain di masa hadapan.
[sumber] Apple [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.