CelcomDigi, Maxis, TM Dan U Mobile Menghantar Bidaan Untuk Membangunkan Rangkaian 5G Kedua
Aman
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan sebanyak empat syarikat telekomunikasi telah menghantar bidaan untuk tender pembangunan rangkaian telekomunikasi 5G kedua negara. Empat syarikat berkenaan adalah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, dan juga U Mobile.
Ini sekaligus membuatkan hanya YTL yang tidak menghantar bidaan pembangunan rangkaian kedua 5G, dan mempunyai pegangan pada Digital Nasional Berhad (DNB).

Keputusan akhir pemilihan dijangka berasaskan kepada bidaan masing-masing yang telah dihantar syarikat telekomunikasi. Menteri mengatakan mereka tidak akan terlibat dengan urusan ini, dan semua akan diuruskan oleh pihak SKMM.
Pemenang untuk pembangunan rangkaian 5G kedua negara ini dijangka diumumkan sebelum penghujung 2024 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.