Vivo dilihat berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk dua peranti pertengahan baharu V40 dan V40 Pro di Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 22 Ogos 2024 yang turut akan disiarkan secara langsung melalui platform rasmi mereka di YouTube, Facebook, Lazada, Shopee dan TikTok.
Kedua-duanya dilihat menarik yang bukan sahaja mempunyai kemasan luaran cukup premium. Malahan dilengkapi gabungan teknologi daripada ZEISS untuk sistem kamera akan bantu meningkatkan kualiti gambar. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai penawaran penuh pada Vivo V40 Pro melalui artikel pandang pertama yang diterbitkan sebelum ini. Harga dan ketersediaan pula akan dikemaskini selepas peranti dilancarkan secara rasmi di Malaysia kelak.