X Sedang Membangunkan Ciri Telesidang Video Seumpama Zoom Dan Google Meet
Aman
X atau dulunya Twitter sedia menawarkan ciri panggilan video dan juga suara. Disamping itu, kini ia dilihat X turut sedang membangunkan ciri telesidang video seumpama Google Meet atau Zoom terus pada platform berkenaan.

Melaluinya, pengguna boleh melakukan panggilan video telesidang, dan membuka kepada orang ramai menyertai panggilan tersebut. Ia sesuai digunakan untuk sebarang perbentangan atau perkongsian – dan tidak terhad kepada suara sahaja seperti hari ini melalui X Spaces.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya. Ia dilihat dalam fasa pembangunan, dan mungkin diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.