Honor Magic V3 telah dilancarkan di China pertengahan Julai yang lalu. Kemudian dilihat akan memasuki pasaran global pula melalui pentas IFA 2024 pada 5 September ini. Terdapat beberapa hal menarik mengenainya yang perlu diketahui.
Antaranya seperti ia mempunyai tubuh lebih nipis dan ringan berbanding generasi sebelum ini. Diikuti dengan spesifikasi dipertingkatkan untuk pengalaman penggunaan lebih lancar. Ia juga dijangka boleh menjadi peranti boleh lipat dominan sekaligus menyediakan pelbagai pilihan menarik seiring kehendak pengguna semasa. Dalam pada itu, Honor Magic V3 turut telah ditemui tersenarai melalui laman web SIRIM Malaysia. Ini bermakna pelancarannya untuknya dijangka boleh diadakan dalam masa terdekat. Persoalan utama kini tertumpu pada perkakasan dalaman peranti.
Masih belum dapat dipastikan serupa dengan versi di China dan hanya akan diketahui sepenuhnya selepas dilancarkan kelak. Kemaskini mengenainya akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.