National Public Data Mengesahkan 2.7 Bilion Rekod Butiran Peribadi Rakyat Amerika Tertiris
Nazrin
Baru-baru ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa sejumlah besar butiran peribadi rakyat Amerika Syarikat telah tertiris ke arena web. Perkara ini akhirnya disahkan oleh National Public Data, sebuah syarikat peribadi yang mencari maklumat dari sumber tidak terbuka dan menjualnya ke syarikat-syarikat lain untuk tujuan pemeriksaan latar belakang.
Data ini terdiri daripada nama penuh, alamat rumah, alamat emel, nombor telefon, nombor SOCSO dan lain-lain yang telah cuba dijual oleh kumpulan penggodam yang dinamakan USDoD baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan National Public Data baru-baru ini, mereka mengesahkan bahawa pengkalan data mereka telah digodam, dan ia berlaku melalui kerentanan pihak parti ketiga, yang mana akses telah didapati sejak tahun lepas. Mereka mengatakan terdapat kemungkinan godaman berlaku pada April 2024 dan satu ke dua bulan selepas itu melihat kepada data yang terkandung dalam fail yang diperlihatkan oleh kumpulann penggodam.
Mengeruhkan keadaan ialah data yang digodam ini tidak disulitkan, dan kumpulan penggodam ini mempunyai akses kepada data ini dan boleh memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan jahat, walaupun mereka tidak menjualnya.
Baru-baru ini, kumpulan ini telah mula menjual 2.9 bilion data rakyat Amerika Syarikat, bersama-sama data rakyat UK dan Kanada pada harga $3.5 juta di arena web gelap.
[sumber]Engadget[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.