Google Drive Kini Boleh Menyimpan Dokumen Yang Diimbas Dalam Format JPEG
Rihhadatul Aisy
Baru-baru ini Google Drive telah menawarkan satu lagi penambahbaikan fungsi dengan membolehkan dokumen yang di imbas disimpan dalam format JPEG. Sebelum ini, ia hanya berupaya untuk menyimpan dokumen dalam format PDF.

Fungsi baru yang disediakan ini cukup berguna untuk penggunaan ruang simpanan yang lebih jimat kerana pada kebiasaannya dokumen JPEG adalah jauh lebih kecil daripada PDF. Dari aspek lain, ia mungkin dapat memudahkan ramai pengguna yang tidak mempunyai aplikasi paparan format PDF yang tersedia dalam peranti memandangkan JPEG ialah format imej yang biasa dan lebih senang untuk diakses.
Menerusi kemas kini terbaru ini juga, Google Drive telah menambah baik ciri imbasan dengan ciri tangkapan automatik, muat naik gambar dan ‘filter’ untuk meningkatkan kejelasan teks. Ciri ini telah ditawarkan kepada semua pengguna Google, namun jika ciri ini masih belum tersedia meskipun setelah anda mengemaskini aplikasi ke versi terbaru, anda mungkin akan menerimanya dalam masa terdekat kerana Google sedang menawarkannya secara berperingkat.
[sumber] 9to5google [/sumber]