Samsung Hadir Dengan Galaxy Forever – Diskaun 50% Untuk Pembelian Peranti Generasi Seterusnya
Aman
Samsung Malaysia kini memperkenalkan sebuah program baharu dinamakan Galaxy Forever. Melaluinya, ia memfokuskan kepada keahlian penggunaan peranti Galaxy selamanya, dengan menawarkan diskaun untuk naik-taraf atau pembelian peranti baharu akan datang.
Untuk menyertainya, pengguna hanya perlu membeli telefon pintar Galaxy baharu melalui Samsung Experience Store atau secara atas-talian, dan mendaftarkannya untuk mendapatkan kelebihan Galaxy Forever.

Seterusnya, pada tahun hadapan, sekiranya ingin naik-taraf ke peranti baharu, pengguna akan menerima diskaun sehingga 50% atas harga jualan berdasarkan kepada keadaan peranti semasa. Dengan langkah ini, pengguna boleh terus kekal menggunakan peranti Galaxy terbaru, dan menerima diskaun untuk naik-taraf.

Samsung menyatakan untuk naik-taraf tahun seterusnya, pengguna hanya perlu memilih peranti pada harga lebih tinggi berbanding peranti semasa, atau memilih peranti dengan harga jualan melebihi RM4000.
Bagi anda yang tidak ingin terikat dengan pelan telekomunikasi dan sebagainya, mungkin Galaxy Forever adalah untuk anda yang sering menaik-taraf ke peranti baharu pada setiap tahun.